Ketahuilah!

Assalamualaikum. 


Ketahuilah.
Ketahuilah wahai ajnabi, aku malu.
Aku malu hingga tidak terucap.
Tidak terucap kerana malu itu merupakan aib besar buatku.

Ketahuilah.
Haruskah aku berjaga-jaga walau dlm rumah sendiri.
Dikau serbu tanpa memberi salam.
Kaku aku disitu melihatkan engkau
melihat diriku yg tidak bertutup ini
karna aku di ruangan peribadiku sendiri
masakan aku harus menutup diriku dlm ruangan itu.

Ketahuilah.
Sabarku ada batasnya.
Benar engkau tidak sengaja.
Namun aku malu.
Sekian lama aku bersabar, kini tidak lagi.
Tapi bagaimana harus ku nyatakan 
ucapku kaku
lidahku kelu.

Ketahuilah.
Hasratku ingin memberi amaran.
Hak itu punyaku karna ini melibatkan maruahku.

Ketahuilah.
Tidak aku gemar kau menyerbu masuk rumahku tanpa salam.
Kalau niat mencuri, benarlah tiada salam.
Namun, niatmu suci.
Ingin menjenguk kami sekeluarga.
Tapi melihatkan keadaanku yg tidak berjaga-jaga
sehingga dikau dapat melihat auratku.
Niatmu itu tidak aku hirau lagi.
Aku malu. 
Sebegini rupa harus kau lakukan padaku.

Dugaan besar buatku.
Sekali lagi berlaku dalam hidupku kejadian sebegini.
Kali ini orang asing yg melihat diriku.
Dengan tidak bertutup.

Tidak terperasan aku akan kehadiranmu yg menunggu kawanmu diluar.
Malunya aku.
Dia yg tidak pernah aku lihat selama ini melihatku.
AKU MALU, YA ALLAH!




Hee amacam? Best tak puisi tu?
Sapa karang?






Aku. Dah kasi kredit dekat penulis nya. Katanya, okay je.

So, kalau boleh kongsi, nak tahulah jugak, sapa pernah alami perkara sebegini?
Malu gile campor nak marah mcm nak naik hantu, kan?
Ya aku faham.

Kongsi lah, nak tau citer jugak :')


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tohok Balek

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life