TIPS mengisi borang UPU secara dalam talian

Bismillah...

cam skema kan tajuk entry tapi mmg ini yg aku nak share buat masa sekarang.
aku tak dapat satu habuk pun tawaran UPU walaupun dah buat rayuan. 
silap aku sendiri dan kesilapan teknikal so aku nak share supaya org lain tak menyesal mcm aku di masa hadapan. baik tak? u_u

i will keep it short. tapi kalau ko scroll bawah sikit tu macam panjang je hahah takpelah take your time hokeh ;)

1. ISI BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA

jangan isi sorang diri. never! walaupun mak ayah sendiri cakap "takpe kak, mak ikut je apa akak nak, akak isi lah nak kos apa dekat mana mak okey aje". isilah borang tu dengan orang tua sebab mereka lebih berpengalaman dalam mengisi borang ni so kalau ada apa-apa tak paham soalan ke tak tahu nak jawab apa ke tersilap menjawab ke at least di masa hadapan kalau lah katakan adik tak dapat ceh adik... takde orang yg akan salahkan adik disebabkan adik isi sorang diri dan sebab dorang taktahu apa yang adik dah isi. OKEY? senyum siket ;)

2. JIKA SOALAN YG DIBERIKAN HANYA MEMERLUKAN JAWAPAN YA/ TIDAK, FIKIR DULU BAIK-BAIK SEBELUM MENJAWAB

ada satu soalan ni berbunyi;

ADAKAH ANDA MENERIMA TAWARAN SELAIN DARIPADA KOS YANG DIMINTA?
untuk soalan ni, akak mohonnnn sangat jawablah YA walaupun dalam hati
'aahhh aku nak jugak kos ni aku tak nak kos lain' ataupun terfikir dalam benak kepala 'kalau jawab tidak, mesti dia nampak kesungguhan aku nakkan kos ni so mesti dia bagi' hmm kalau tu yang adik pikir okey jap bagi masa sikit akak nak gelak jap HAHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAH okey dah mekaseh :}

maaf ye dik, tak rasionalnya pemikiranmu wahai adik-adikku. tapi UPU ni takkan fikir semua tu. kejadah plak dia nak nampak kesungguhan ko yg memang tak disertakan sekali dalam borang tu huhuhuhu so fikir rasionally ya.

tujuan jawab YA utk soalan tadi adalah supaya adik-adik berada dalam zon selamat. katakan kos yang adik mintak tu, adik tak memenuhi syarat-syarat kos tu, UPU akan tawarkan kos lain yg lebih layak utk adik-adik berdasarkan keputusan SPM dan markah merit. oh, merit taktau? nanti akan ada KARNIVAL JOM MASUK U! di negeri masing-masing, sila pergi ya. kat situ nanti adik cari dekat dinding mana-mana dia ada tampalkan penerangan tentang markah merit. penting untuk adik-adik tau and i'm sure your counselor teacher mesti akan panggilkan orang atasan yg akan bagi penerangan pasal ni. okey dah, settle!

3. ISI DAN HANTAR PADA WAKTU KEBIASAAN TIADA ORANG YANG MENGHANTAR BORANG 

cam pelik tapi benar. seeloknya adik isi dan hantar pada waktu malam, waktu orang sedang diulit mimpi hantu atau buaya lulz SUPAYA takkan ada pertindihan penghantaran borang. haaaa inilah yang dinamakan kesilapan teknikal yang tak dapat kita kawal. ini jugaklah yang berlaku pada diri hakak sendiri (makcik-makcik la cakap akak kena camni) 

akak isi waktu petang, orang tengah nikmati leisure time ni. memang haritu sepatutnya traffic jam la untuk bukak web UPU tapi akak boleh pulak bukak senang-senang. so, akak terus isi dan hantar waktu tu. masa ni, akak isi borang rayuan. borang sebelum tu akak dapat keputusan tidak berjaya sebab tersalah isi borang. pegi jawab TIDAK di soalan tawaran selain kos yang diminta memang padan muka ah aku. lastly masa check keputusan rayuan tu, dia cakap MAAF, PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM SISTEM padahal dah siap print borang rayuan tu haih takde guna dah kalau nak mengeluh pun.

so, adik-adik tolonglah ambik pengajaran drpd kisah benar akakmu ini. sedih tahu tak orang lain dah start buat assignment, sibuk dengan quiz la test la testimoni la kejadah tapi akak still dekat rumah tolong apa yang patut sebab nak cari kerja pun malas lmao

um banyak lagi nak kongsi cerita tapi cam malas nak menaip so kiv dulu lah ye insyaa Allah kalau teringat nak cerita nanti akan adalah sambungannya wuhuu

kalau ada kemusykilan nak tanya pape, ataupun nak kongsi cerita ke, awak-awak boleh je komen or e-mail saya eh (e-mail ada kat sebelah kanan ni, cer cari) 

akhir kata, masa depan kita bukan milik kita sahaja tapi masa depan mak ayah kita jugak. sebelum buat apa-apa, pikir banyak kali. betul ke apa yang kita buat..baik ke tak untuk masa depan..mak ayah redha ke tak. yang penting, ada kebaikan atau tidak untuk agama kita sendiri. 

renung-renungkan dan selamat beramal!

salam 'alaykum :)


Comments

Popular posts from this blog

Tohok Balek

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life