Tohok Balek

Bismillah...

aku lah kan, bukan apa, sukaaaa sangat nak buat post pasal masa-masa aku ambik asasi dulu. maklumlah tak masuk degree lagi jadinya terkenang asasi je lah mampu mmmm 

#throwbackasasi

teringat pasal giliran pembentangan. mana-mana subjek pun, even subjek yg kita suka ataupun tak berapa nak suka, bab pembentangan memang kalau boleh tak nak ada pun dalam course mark tu. are we on the same page? Yn_nY

masa sem 1, aku okey je dgn giliran presentation. semua lambat-lambat. paling awal pun aku orang paling tengah macam center punya giliran lah. tak cepat tak lambat. tapi disebabkan satu tu je yg center yg lain semua lambat-lambat, huru-hara beb semua benda. orang lain tinggal prepare for final je tapi aku ni-dgn nak prepare final lagi, nak prepare bahan utk present lagi. ada je pagi baru nak cari bahan, petang tu dah kena present. haaa praktis pun malas. tapi alhamdulillah hidup aman damai hahaha. tp semua tu tak berjalan lancar kalau teammate aku pun tak bersungguh, sape lagi kalau bukan teammate setia, Sharifah :)

sem 2 pulak yg paling aku ingat time kelas Komunikasi untuk Profesional Muslim. Puan Tini (lecturer subjek ni) kata dia akan buat cabutan giliran public speaking. dah lah public speaking ni sorang-sorang. pastu puan ada kata kalau tak sempat buat semua public speaking tu dalam kelas tuto, dia akan bawak ke kuliah. BEB KULIAH BEB. bilangan student, orang yang tengok kita present tu lagi banyak beb. aku tak kuat ah benda macam ni. doa tu kan senjata muslim, aku pun banyak-banyak lah doa biar dapat giliran awal-awal so sempatlah buat dalam kelas tuto. pastu masa puan kata dia tertinggal kertas nak cabut giliran, aku lah sukarelawati tolong buatkan kertas cabutan tu dengan Sharifah, Tasha, Matun. pastu nak gi cabut undi tu, aku teragak-agak nak ambik antara dua kertas, dah pegang satu kertas tu pastu aku letak balik nak ambik yg baru pastu teringat orang kata "first choice is better" so okay! aku ambik la kertas first aku pegang tu. bukak-bukak,

1

beku satu badan. semua tanya nombor berapa weh nombor berapa, tak sanggup nak bagitau. weh dah lah aku yang lipat kertas tu weh takkan aku tak tahu tu kertas no 1 weh huwaaa T____T tapi memang aku tak perasan pun tu kertas yang aku lipat hahaha. aku bagi je depa tengok kertas tu. depa nak gelak tak sanggup, nak sedih pun tak sebab lega at least bukan diri sendiri dapat giliran paling awal. aku ni awal-awal lagi dah nak tercabut lutut. sebabnya benda tu PUBLIC SPEAKING, then sape lecturer nya? PUAN TINI beb dia serius gile bab present ni beb. walaupun tajuk aku dapat tu boleh tahan la senang tapi hm malas ah nak cakap lebih bukan korang paham pun hak elah!!!!
tapi alhamdulillah lagi sekali, masih hidup :)))



sem 3 pulak untuk subjek English kena 4 kali present setiap sorang. 3 individual presentations, lagi 1 in group. first presentation giliran aku 9th. 2nd, 7/8th aih lupa pulak. yang 3rd ni memang lah menguji aku punya kredibiliti. hadoi. macam biasa proses mendebarkan iaitu cabut giliran. aku yang ke 17/21 pegi cabut undi. madam panggil ikut senarai nama. one by one pegi ambik kertas giliran tu and madam sentiasa bagitau "number one is still here". aku cuak cam biasa takut dapat number one tu lagi sekali. Tasha ni pulak mulut asyik sebut je okey dia ni nombor sekian sekian dia ni pulak dapat nombor sekian sekian. end up semua betul pulak tu dia teka. tibalah giliran aku. lepas giliran aku ni sorang budak yg semua orang harapkan dia dapat giliran first tu sebab dia ni jenis buat kerja last minute. pernah sekali tu giliran dia present tu hujung-hujung gak ah. orang lain tengah present, dia dengan laptop tengah buat slide. hahahahahahahaha haru weh. kantoi dengan madam. tapi sebab budak laki kan, tak pelik kalau berani last minute mcm tu, pompuan ni lain lah. mahu kena bash 7 dekad. back to the topic, aku pilih kertas dengan penuh hat-hati. madam suruh bukak kertas tu depan semua orang. reaksi aku ni (yang mana kenal) memang lah over mashaAllah. sempat buat muka pucat biru depan tu. madam dah gelak dah. aku ni "madam, one more chance please??" haa kau satu kelas gelak. bertepuk tangan weh! PAITI SEMUA :(
aku pun redhoooo je lah dapat first lagi sekali. sejarah mungkin berulang. walau engkau ku lepaskan oh kekasih. uiii asyik ngat lagu nih. 

hm lain kali pulak kita throwback ye.
salam 'alaykum!

Comments

Popular posts from this blog

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life