#1 Mat Perasan
“Johan bagi Kejohanan Ragbi Peringkat
Sekolah ialah... SMK KUNCI MANGGA!!” ucap si juruacara bagi kejohanan itu. Riuh
gamaknya tapi pasukan SMK Kunci Mangga tu rilek je. Maklumlah dah jadi juara
tiga tahun berturut-turut tapi tak pernah naik pangkat pergi ke peringkat
seterusnya. Sadis!
:::
Mereka
pulang ke sekolah dengan gembira tak nak kecoh. Tapi dalam hati, rasa nak
menjerit je, ‘Yeay aku menang. Lagi.’
“Memang
kalau dah rezeki tak ke mana!” kata Adam selaku ketua pasukan. “Kalau tak
disebabkan kau yang pandai atur strategi, boleh hancur kita hari ini, beb.”
Kata Ismail memuji ketuanya. “Tambah lagi dengan adanya aku, lagilah menjadi.
Bukan aku ke yang tambah gol masa minit terakhir tu?” riaknya Atiff Shauki
bercakap.
:::
Aqlili Khalil. Nama tidak seindah sakura. Eh?
Nama cantik, perangai pun cantik Cuma muka tu saja yang comel. Lagi-lagi kalau
dia buat tanda ‘peace’. Boleh cair kembali keras kalau lelaki tengok.
Untunglah!
Aqlili
berjalan melalui belakang bilik persalinan lelaki yang menempatkan pasukan
ragbi sekolah yang sedang berehat. Aqlili sempat mendengar kata-kata Atiff yang
berbaur riak. ‘Eleh. Perasan!’, monolog dalamannya sendiri. Dia terpandang
wajah mamat yang dikatakan perasan itu, ‘muka pun celup tepung je ada hati nak
jadi hero. Puihh!’. Aqlili berlalu pergi dengan segera setelah Atiff membalas
pandangannya.
:::
SPM hanya tinggal dua bulan sahaja lagi.
Betapa kalutnya pelajar-pelajar SMK Kunci Mangga membuat persiapan bagi
menghadapi saat yang paling mereka nak cepat-cepat habiskan.
“Kimia pun
aku belum study empat bab lagi. Aduuuh, mati lah macam ni, Ya Allah!” omel
Aqlili sendirian. Sarah yang mendengar hanya menggeleng kepalanya sehingga
rebah kerana pening. “Astaghfirullah, eh Sora! Kau ni pun! Janganlah pengsan
masa ni. Menyusahkan orang je lah!” marah Aqlili sambil menarik Sarah bangun.
“Sorry lah
beb. Sengaja aku rebah, nak tengok kau sayang aku ke tak.”
“Kalau aku
tak sayang kau, aku dah tak kawan dengan kau sejak dari dulu lagi. Takdanya aku
nak buang masa tolong angkat kau bangun.”
Aqlili berkata jujur.
Loceng
rehat bergema. Mereka berdua keluar menuju ke kantin yang sesak dengan
manusia-manusia yang kebuluran. Sudah dua orang pelajar yang mereka lihat
memotong barisan panjang yang beratur untuk membeli makanan. Mereka benar-benar
simpati melihat keadaan dua orang pelajar itu. KEBULUR.
Waktu Sarah khusyuk berjalan membawa mi sup
yang dibeli bersama Aqlili, dia terlihat satu aksi yang boleh membawa padah
kepada semua yang terlibat. Pasukan ragbi sekolah yang berjalan beramai-ramai
sambil berbual dan ketawa dengan kuat macam mereka saja yang ada di situ, tidak
sedar yang mereka akan merempuh Aqlili dengan mi sup panasnya.
“Aqe!!!”
Aqlili yang mendengar namanya diseur, menghentikan langkahnya dan...
Eeeeeekkk!
Bunyi brek kaki pasukan ragbi menghentikan langkah mereka. Adam yang gentleman,
mendepakan lengannya untuk mencegah rakan-rakannya yang lain daripada
meninggikan suara terhadap gadis itu.
“Amboooooiii,
jalan guna mata ke kaki?” Tanya Atiff.
“Guna
tenaga, encik!” jawab Aqlili takut-takut.
“Dah tu?
Guna mata tu jugak lah! Bodoh!”
APA?!
BODOH?! Menyirap naik darah Aqlili serta-merta. Sabar Aqe, sabar. Kan Ibu
cakap, jangan terasa hinaan orang lain terhadap kita kalau kita bukan macam tu.
Kau tu bodoh ke? Pelajar kelas pertama, takkan bodoh lagi, kut?
Aqlili
terus pergi ke meja yang telah dicop oleh Sarah selepas menghadiahkan jelingan
manja yang lebih kepada maut itu kepada Atiff. Atiff menerimanya dengan hati
tertutup.
:::
Sudah jatuh, ditimpa tangga pulak tu.
Cukuplah masa waktu rehat tadi dia dipanggil bodoh oleh seseorang yang tak tahu
bahawasanya dia pelajar senior kelas pertama, kini menghadap muka Cikgu Ashraf,
guru mata pelajaran Matematik Tambahan kerana tertinggal kerja sekolah yang
diberi. Ah hidup!
“Tertinggal,
cikgu.” Jawab Aqlili jujur setelah ditanya tentang kerja sekolahnya.
“Kenapa
boleh tertinggal? Nak bagi nenek awak belajar ke?”
Cikgu
Tanya, cikgu jawab. Bagus!
“Nenek nenek ni jangan sebut, cikgu. Sensitif ni hah
kang saya menangis kang haaaah.” Ugut Aqlili dengan berani.
Aqlili
merupakan cucu kesayangan neneknya. Neneknya juga merupakan nenek
kesayangannya. Amat serasi bukan? Paling sedih adalah apabila neneknya pergi
meninggalkannya untuk bercuti di Mekah. Tak ajak cucu pun. Tangkap leleh kejap.
Nenek meninggal dunia pada hari Jumaat dan dia tiada di sisi neneknya waktu
arwah sedang nazak. Barangkali ikut solat Jumaat bersama ayahnya.
“Woi!”
Terkejut Aqlili dek disergah oleh Cikgu Ashraf. Amboi kasaq bahasa naa.
“Duduk!
Saya tidak mahu tengok kamu tanpa kerja sekolah kamu lagi lain kali.”
“In syaa
Allah, cikgu.” Lalu dia duduk dengan segera.
“Bukan
dalam kelas. Di luar kelas. Cepat!”
“Kenapa tak
cakap awal-awal? Buat malu saya saja lah cikgu ni.” Aqlili mengatur langkah
menuju ke luar kelas dengan bangganya.
“Angkat
kedua-dua tangan kamu. Duduk macam orang Jepun duduk. Duduk macam mana?”
“Macam ni,
cikgu.” Aqlili buat demonstrasi depan Cikgu Ashraf. Tak disangka dan tak
diduga, hukuman yang sebegini malu harus dihadapinya. Ingatkan, kena berdiri di
luar kelas saja. Satu kelas kawal nafsu nak ketawa. Kalau ketawa lepas kan, nanti Aqlili
sumo diorang semua.
Sadisnya,
kelas seberang pun turut sama ketawa. Yang paling kuat ketawa tu, siapa lagi
kalau bukan Atiff. Musuh kena denda, takkan nak pergi temankan kut.
‘Nanti
kau!’ Aqlili berkata dengan geram.
:::
Hari demi hari berlalu. SPM pun dah makin
dekat. Tinggal tiga minggu sahaja lagi. Namun, Aqlili tetap dengan janji
geramnya terhadap Atiff yang pernah gelakkan dia waktu dia dihukum oleh Cikgu
Ashraf. Tapi, pernah juga dia terfikir, nak balas guna cara apa. Sarah yang
merupakan pakar dalam balas dendam ni memberi cadangan yang agak bernas dan
juga agak mudah untuk dilakukan bagi Sarah.
:::
Waktu Pendidikan Jasmani bagi kelas Atiff
diadakan pada masa pertama pembelajaran pada hari Rabu itu. Aqlili dan Sarah
sudah membuat perancangan rapi agar muslihat mereka tak akan diketahui oleh si
mangsa.
Masa
pembelajaran Matematik Tambahan adalah masa kedua selepas pelajaran Pendidikan
Jasmani. Kalau Atiff nak pinjam buku dengan budak kelas lain pun tak sempat.
Jadi, Aqlili sudah mengambil semua buku Matematik Tambahan milik Atiff dan
disorok di ruang stor bawah tangga baik-baik.
Ternyata
apa yang dirancang menjadi. Atiff diberi hukuman yang setimpal seperti yang dia
kena suatu waktu dahulu. Apa yang bezanya cuma, Atiff dihukum berdiri dengan
satu kaki dan tak boleh ditukar sesuka hati. Tangannya juga perlu diangkat ke
udara macam yang Aqlili kena waktu itu. Puas hati Aqlili. Lega rasanya tengok
musuh terseksa. Tapi dia tidaklah kejam sangat sampai nak gelakkan Atiff
terbahak-bahak. Dia hanya memberitahu semua kelas yang berada di blok yang sama
supaya gelakkan Atiff kuat-kuat. Biar tercabut usus dek gelak tak ingat dunia.
“Kau tak
rasa bersalah ke?” Tanya Sarah.
“Kenapa
pulak? Dah dia yang paling kuat gelakkan aku masa tu. Kau nak aku bersabar je?
Macam tu?”
“Benci
sangat kau dekat dia eh?”
“Memang!
Orang macam tu takkan lepas daripada pembalasan aku. Bukannya apa, aku dapat
ringankan azab dia di akhirat tu jugak nanti.”
“Sayang
jugak kau dekat dia eh? Yalah, benci lama-lama jadi sayang.” Sarah berkata
dengan penuh perasaan.
Aqlili diam
tak berkutik. Aahhh! Ada aku kesah?! Sayang sangat lah kan!
:::
SPM juga sudah seminggu berlalu. Aqlili kini
bebas daripada zaman persekolahan yang menuntut kesabaran yang tinggi untuk
menempuhnya.
Terdetik
juga perasaan rindu terhadap zaman persekolahan itu. Bangun awal pagi, mandi
air yang sejuk tiap hari, belajar dan rehat ikut jadual, lepak bersama
kawan-kawan. Rindunya!!!
Ada juga
sebab lain yang menyebabkan dia asyik terkenang zaman persekolahannya,
lebih-lebih lagi waktu menjelang SPM. ‘Buang tebiat agaknya aku ni!’
ni jer????btw,,,QILAH!!!!ko dh x der nma sek laen ker yg ko nk bubuh....memalukan kaum jer la...hehehe,,kidding...wei urat kentut aku dh putus ni sbb dh byk kali gelak....anyway,nice trying n keep it up!!
ReplyDeleteHahaha haah tu je. Aku bukannya novelis mcm kau. Tkda idea weiii. Nama sekolah tu, okay pe...
DeleteUrat kentut mg putus dh? Gi sambung nuh. Hahaha.
sapa kta aku novelis....aku pon tkg karut mcm ang jgak,,main bantai jer....hahaha salah satu sbb urat kentut putus sbb nma sek ang la....msti knci mangga terharu sbb x prnh2 org bubuh nma da utk sek...hahaha
DeleteAdeww karut karut pun, tetap superb huk mg tu. Mace dekki gtew.
ReplyDeleteTp tk wujud pun nama skolah tu kea?
Sedo! Haha. Dari first ayat mung sapa akhir aku ssuko. Mugooo. Haha. Tapi, bakpo pendek sangat? tok puah nk suko agi nih. Namo sekoloh, SMK KUNCI MANGGA. Seney, tak yoh nk mikey panjey. Haha. :P
ReplyDeleteAlhamdulillah kalu gtu gk. Pendek sgt sbb takde idea beb! Nti2 lah aku smbg. Soba eh?
DeleteHihi first2 aku mmike nk buh nama klasik, tertubik mangga, terus jd SMK KUNCI MANGGA.