Belum sampai ajal aku lagi.

Assalamualaikum wbt.


Nak cerita pendek pendek je berkaitan tajuk post aku harini.
Kelmarin, time balik sekolah. Aku tunggu ayah aku kat tempat biasa. Dalam 2.30 ptg cemtu, ayah aku sampai. Tempat beliau tunggu, seberang jalan. Well, cam biasa lah. Tempat spesifik lah katekan! Aku pun melintas lah. Macam biasa jugak. Dah ayah aku parking kat tempat jauh siket drpd garisan zebra, so aku tak lintas kat garisan tu. 


Masa aku nak lintas jalan, aku tengok kiri kanan kiri. Sebelah kanan jalan kereta tak gerak sebab jam. sebelah kiri, ada 3 kereta laju, so aku belum lintas lagi. Lepas je kereta terakhir melepasi aku, aku lintas. Tak semena-mena (eh?) seorang lelaki muda bermotor putih, pakai baju putih, muka taklah hensem sgt (sempat pulak) jerit WOIII and aku rasa dekat je dgn aku. Aku berpaling ke arah kanan and yes! Lelaki tu hampir-hampir langgar aku. Aku ni dgn muka tak bersalah sentuh motor dia kejap (motor je ye) and melintas pergi terus masuk kereta ayah aku. Time aku nak melepasi kononnya motor dia tu, aku dengar dia jerit BODOH. Tak lain tak bukan mesti ditujukan khas buat aku lah kan! Khas lah sangat! 


Dahlah time tu dekat pondok tempat menunggu tu ramai kawan aku kat situ. Macam, Ya ALLAH malu nya tak boleh cakap! Macam manalah aku nak hadapi diorang Ahad ni *malu*


Dalam kereta


Aku masuk je. Terus aku cerita dekat ayah aku. Rope-ropenya ayah aku tak tengok pun kejadian tu. Terpaksalah aku jelaskan satu-satu. Dalam keadaan sebak. Ayah aku pulak cakap, salah aku jugak tu. Ko paham tak perasaan aku masa tu camane? TAK! Aku keluarkan anak aku (sapu tangan) dari dalam poket baju sebagai persediaan. Kut kut yang jernih tu menitis ke, boleh lap terus. 


Kejap lepas cakap dgn ayah aku, peristiwa tu datang balik. Bermain dalam kotak fikiran. Imbas kembali memang haru lah aku time tu. Pergi lintas tak tunggu lama tepi jalan tu dah kenapa?!
Aku nak nangis. Air mata bertakung. Tak turun-turun. Geram pulak aku! Nak je laung dalam kereta, "turun jelah air mata oii" tapi tak laung je. Finally, menitis jugak air mata ni. Lajuuuuuu je dia turun.  Aku let it go jelah. Dah lama tak nangis camni. Lancaaaaaaar je. Dalam kereta pulak tu. Rasa macam Najwa Latif lepas kena caci. Haha boleh pulak rasa macam tu? (.)


Aku tak salahkan lelaki tu. Aku sedar semua salah aku. Dia laung WOIIII kuat-kuat tu sebab nak sedarkan aku supaya aku sedar aku hampir dilanggar bukan sebab dia sayang aku haha boleh pulak perasan time meleleh ni. Mesti dia cakap, mata dah empat tu pun boleh nak kena langgar. Kalau ya, emang kenapa? Huh! 


Aku pun tersedar jugak, kalau lah dia langgar aku, tiga perkataan je aku boleh cakap. Aku koma lama. Aku koma kejap. Dakpun dijemput ajal. Boleh online skrg. Senyap tak berkutik. Haha korang boleh nilai aku dalam keadaan mana. 


Dalam kereta. Lagi.


Aku termenung jauh. Air mata tadi aku dah sapu lama dah. Otw pergi amek akak aku sekolah Maher. Dia tanya aku "balik awal?" sebab selalu aku balik pukul 5. Lepak. Hehe. Ayah aku tolong jawab. Sweet tak ayah aku. Aku ada, kau ada? 


Otw balik rumah


Aku nangis lagi. Aku nangis sebab trauma. Satu. Dua, aku nangis sebab lelaki tu cakap aku 'bodoh'. Paham tak apa rasanya bila seseorang cakap kau bodoh dalam sesuatu situasi yang memang betul-betul nyata bodoh kau tu? Paham? Tulah yang aku rasa sampai skrg. Memang sakit. Aku nangis hampir nak meraung. Tapi aku control nafsu nak meraung tu. Mengalir laju lagi sekali air mata. Aku sapu. Mengalir lagi sekali pulak! Aiiii nak main drama ke dalam kereta ni? Aku pun, go with the flow jelah. Berdrama mengikut aliran air mata. 


The rest.... panjang lagi. Letih lah pulak. Setakat ni jelah eh?


PENGAJARAN


Nak melintas tu, bagi yang baya baya aku ni, jgn nak perasan terror melintas jalan bukan kat garisan zebra. Make sure ada org yg lagi pro/tua lintas sekali dgn kita. Gunakan garisan zebra tu. Penat je JKR cat utk kita tapi tak guna pulak (Note to myself). Tengok kanan kiri kanan, kiri kanan kiri sebelum melintas. Pastikan jalan tu betul-betul lengang utk kita melintas. (Takdelah lengang sangat. Pandai-pandai lah) Biar lambat asal selamat. Barulah nyawa tak melayang. Hihi


Ingat tu. Pesan Kak Yong ewah Kak Yong naaah.

Comments

Popular posts from this blog

Tohok Balek

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life