MARHABAN YA RAMADAN
Assalamu'alaykum
*tertunduk senyum sambil tarik lebihan shawl tutup hidung mulut*
*eh apa tak suka perempuan bershawl?*
*k pegi tukar pakai tudung bawal*
masa aku tulis blog ni tinggal sehari je lagi nak puasa. dah ready ke belum??? ready or not here we go!!!!
nak sambut ramadan mestilah ada persiapan yang cukup okey! barulah kita tak lesu dan bertenaga serta happy je berpuasa.
first thing first, bertaubat. solat sunat taubat 2 rakaat untuk pastikan diri kita; mental dan fizikal memasuki bulan mulia ni dalam keadaan baik, molek belako deh.
seterusnya-- kena tahu niat berpuasa. ada orang kata niat puasa sebulan terus baru la tak kalut tak gelabah kalau-kalau lupa nak niat. okey macam ni ye semua TAHUKAH ANDA kita kena perbaharui or senang kata renew niat puasa tu setiap hari? niat sebulan terus boleh tapi ada banyak pendapat sebenarnya. ada yang kata boleh ada yang kata tak valid. bagi aku, niat jelah sebulan terus DAN jangan lupa niat setiap hari malam sebelum tidur untuk puasa esoknya.
aku ni entahlah ada penyakit was-was ke apa tapi aku kalau lupa niat malam tu and bila teringat dah pukul 12 malam lebih. kan pukul 12 ni dah masuk hari lain kan so aku cam ala valid tak niat yg nasyid Raihan tu hahahahaha teruk kan weh so aku ambik inisiatif niat puasa Raihan tu lepas aku buka puasa. haaa barulah hilang was-was tu.
third. niat (okey niat lagi) kerana niat itu sangatlah penting okey kawan-kawan :) niat yang baik-baik. dalam bulan puasa ni nak buat benda baik. yang selalu buat tak endah dekat jiran, bulan puasa ni berbagi juadah berbuka. yang mana kedekut, boleh banyakkan bersedekah. sedekah senyum lah yang free dan senang nak bagi. apa salahnya senyum aje sepanjang jalan. otw nak gi kelas tu senyum je sambil pandang orang yang kita berselisih haa biarlah orang kata gila ke apa. dia pulak yang dapat dosa haaaaa kau nak dapat pahala, kau bagi oang lain dapat dosa pulak dah. k takpe hueheehuhe. ketahuilah kalau kau pandang bawah senyum-senyum lagi la gila. dan banyak lagi amalan baik yg lain seperti iktikaf di masjid, qiamullail, banyakkan membaca al-Quran dan berzikir.
yang penting, bila dah masuk je bulan ramadan dan kau masih hidup, sujud syukur lah. bersyukur banyak2 Allah masih sempatkan kau hidup dalam bulan mulia bulan puasa bulan ramadan ni. rebutlah peluang yang ada sebaik mungkin. semoga ita bergraduasi dari bulan ramadan dengan perangai yang lebih senonoh dan istiqamah dalam kebaikan.
kalau bulan puasa ni kau still lagi perangai cam harom, cam saiton, itu KAU. bukan seton dah. ubahlah anak oi. mak lahirkan kau bukan untuk berperangai seton. also jangan duk berjaga pagi buta tengok world cup je. apa salahnya solat sunat 2 rakaat? paling tak, baca al-Quran satu muka. paling ciput, berzikirlah sambil tunggu gol pertama. sis sapot Germany dgn Chile okey ;) kalau kita satu team buh ler comment bawah tuuu sis pun nak tau jugak YnY
SELAMAT BERPUASA SEMUA UMAT ISLAM! KULLU 'AAM WAN ANTUM BIKHEYR
Comments
Post a Comment