Kembara Hijrah 1.0

Bismillah...

takyah nak kembara sangat hahaha padahal mereput je kat rumah -_-

sekarang dah 18 kan hoorayy!! dan aku tak ambik STAM or STPM, jadi untuk isi masa luang sampai bulan Mei ni tu pun kalau dah dpt panggilan mana-mana uni or kolej ibu dan bapakku paksa gi 'buat' lesen. alhamdulillah dah settle dah bab lesen dan rasanya sungguh membahagiakan sebab dah tak perlu ulang-alik kelas memandu tu lagi WOAH ^______^

tapi silapnya aku tak daftar eng class sambil belajar memandu kalau tak mesti sekarang dah rilek duk rumah cungkil bakat jadi suri rumah yang terpendam hahaha 

minat ada tapi kalau bahan-bahan takde tak jadi jugak. nak masak pakai apa???? pasir?

so aku baru je nak habis sebulan eng class ada lagi 2 bulan before grad cewahhh grad eng class je pun muet tu ko belum lg sign up 

ibu kata pentingnya belajar english before masuk tertiary school which is university or college sebab...tah sebab apa. untuk settle bab grammar lah kann. takkan la dah masuk alam pengajian tinggi past participle pun still blur haa maut awal lah ko berbanding ngan org len. actually eng class ni 4 bulan tp korang please eh keep it secret jgn bagitau ibu dgn bapak sbb man, cmon lah. let me chill myself before sambung belajar mwehehe

ramai kawan aku cakap "buat apa eng class?" "amende masuk eng class" when i asked them to join me tapi ada la yg cakap kewangan tak mengizinkan. yg tu boleh difahami. kesian dorang, bukan tak nak belajar tp kekangan dari segi duit. yg aku tak paham nya kenapa tak nak join. sedangkan duit boleh diatur. hmm let go ah let go...

eh tu baru muqaddimah post ye anak-anak hahaha maaflah syok sgt bercerita pasal 'what did i do this long holiday' ni.

source: google.images


sebenarnya ini yg aku nak ceritakan.

aku rindu tarbiyah. 
aku rindu ditarbiyah. 
aku kalau boleh nak elak mentarbiyah.

tapi oleh sebab org tahu aku ni alumni maahad, akan ada yg panggil utk jadi fasi mentarbiyah mereka yg patut. contohnya, utk kem bestari solat. 

bukan aku tak nak. tapi aku masih lagi sedih dengan diri sendiri. rasa tak layak mentarbiyah. ilmu aku bukan banyak. ciput je. 
sungguh, aku rindu MMP. aku rindu suasana MMP. rindu nak stay kat MMP bukan rindu nak belajar pastu hadap exam hahahaha tak baik gelakkan aku.

lepas dah 'grad' MMP ni aku rasa cam...a bit lost. rasa mudah lalai. mudah lagha. iman senipis kulit bawang besar kat pasar segar pagi sabtu tu. nipis sangat. tak tipu.

tak perlu heboh cemana aku boleh lalai cemana aku boleh rasa a bit lost. korang sendiri takkan la tak pernah rasa oh okey tak pernah rasa em aku sorang je lah pelik ni um okey. dia mcm...kita rasa kita ni lost. mcm makin jauh dgn Pencipta. mcm tertinggal last flight to Mecca. lebih kurang gitulah rasa down dia. tapi kita mcm tak berapa nak berusaha utk seimbangkan balik hidup. berusaha dekatkan diri dgn Tuhan. Allahu, ampunilah dosa kami YA ALLAH :'{

tapi pikir balik, kalau aku pegi mentarbiyah org len, bukankah secara tidak langsung diri ini juga ditarbiyah? segala ucapan yg kita luahkan untuk mentarbiyah bukankah lebih sentap kepada diri sendiri. sentap jgn sampai mati. sentap biar lebih menghidupkan. alhamdulillah...Allah luaskan fikiran. Allah bagi kita fikir kebaikan. 

BERAPA KALI KO BERSYUKUR HARINI? 
jawapannya mestilah tak terhitung...kerana banyak bersyukur bukan sebab tak bersyukur langsung. mengerti ke tidok?

ALHAMDULILLAH jika kita cuba stabilkan hidup. 
cuba luang lebih masa dengan Al-Quran. 
cuba solat lebih awal.
cuba basahkan bibir dan lidah dgn zikrullah.

hidup ni mudah je.
buat dulu, payah ke tidak... tolak tepi.
NI TAK
buat pun belum, dah mengeluh 'ala susahla' 'ei payah tu' 'baik takyah try langsung'

BILA KALI TERAKHIR SOLAT SUNAT TAUBAT?
ayat ni tak pernah tak win. lejen.

AKHIR KATA DOAKAN AKU ISTIQOMAH. DOAKAN KITA SEMUA ISTIQOMAH DALAM MELAKUKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR. AAMIIN :}

May Allah bless each all of you who read this. And shower you with His rizq, rahmah wa barakah. 

Sollu 'alan Nabi. PEACE YOW V

Salam 'alaykum...

Comments

Popular posts from this blog

Tohok Balek

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life