comeback ^^

lama sangat ke aku on hiatus?
tak sampai setahun pun kan???

aasif.

bukan sibuk sebab spm. spm tu kacang pis je.
tapi sebab malas. 

faham tak netbook mak aku jammed nak pakai laptop abg kakak2 kan mmg tak sempat guna ah. ni pun tengah tunggu bila laptop baru nak beli. mintak2 lah murah rezeki. aamiin.

aku baru je nak aktif balik fb. tah kenapa di saat semua org tak kepengen pun nak jejak fb tp aku boleh pulak nak aktif balik ni haha gelak jap

terbaca satu post di fb kawan. pasal spm. takdelah pasal spm sangat. lebih kepada pelajaran.

yg mana, bila sahaja rakan2 dpt keputusan peperiksaan suatu subjek, contoh mcm subjek biologi. untuk kertas 1, total soalan 50. ko tengok rakan2 ramai yg dapat 41/50, 43/50, 49/50 lagi dahsyat 50/50. tapi ko cuma dapat 23/50 je (atau ko nak ambil angka lain, yg lagi kecik pun boleh)

mesti la rasa sedih. kecewa. dengki. kawan2 boleh tinggi kenapa aku tak...

baca ni

""Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu
dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding
rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah
berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya
kerana kamu gagal menjawab
pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat
kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."
Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya.
"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana
markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain"
"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"
"Pernahkah sebelum ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"
"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan
dosa-dosa lepas?"
"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"
"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau
berikan kecemerlangan itu."
Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang
di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.
Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..
Di akhirat jualah kehidupan yang abadi.." -ihsan post facebook Dhu Al-Hannan-kira halal eh-

markah aku sendiri...dengan tak tahu malu nya aku bagitau...lagi sikit drpd 23 tu. aku tak sangat berusaha. eh? bila aku berusaha mmg hasil pun luar biasa. perghh perasannya.

tapi utk spm ni aku target 11A+
aku yakin aku boleh
walau aku tahu byk soalan yg aku tak jawab
bukan sengaja
aku dah perah akal nak jawab
tapi tak dapat
tapi aku mintak 
dgn Allah
Allah kan MAHA PEMURAH
klu Allah tak nak bagi jugak
sangka baik jelah dgn Allah
hikmahnya tetap ada
lambat laun aku tetap akan berjaya
aku yakin
jadi kau pun kena yakin

rezeki Allah tu luas
cari
mintak
mohon
ALLAH ITU MAHA PEMURAH

walaupun bangun pagi keesokannya 
sakit itu masih terasa
bersyukurlah
dengan rasa sakit tu kau kenal Tuhan
dengan rasa perit tu kau makin dekat dgn Tuhan

bangkitlah
jika benar insan cemerlang
berusahalah
kerana kejayaan milik semua
milik umat Islam

bangkitlah
demi memartabatkan Islam

puisi ke sajak tu
gelak jap
hahaha
gelak lagi

salam 'alaykum!

Comments

Popular posts from this blog

losing weight is like losing bad habit

How I predict my degree life

Tohok Balek