Mudah.com
Perihal mudah, sering dikaitkan dengan senang, tak susah, kacang, kacang pis, ciput, dan lain-lain. Yelah nama lagi kata seerti. Haruslah kalau sering dikaitkan.
Tu baru muqaddimah ya...
Begini ceritanya,
pernah tak korang dengar ayat macam ni
Tu baru muqaddimah ya...
Begini ceritanya,
pernah tak korang dengar ayat macam ni
jangan rasa sesuatu benda/kerja tu susah.
kalau dari mula kita set dlm minda kita benda/kerja tu susah, maka susahlah ia, tapi kalau kita set dlm minda yg benda/kerja tu mudah, secara tak langsung benda/kerja tu akan jadi mudah.
Aku dah letih dengar benda sama tiap kali baru pertama kali melakukan sesuatu kerja. Aku pasti ko pun pernah dengar ayat ni walaupun sekali. Kannnnn?
Senang cerita macam ni lah.
Contoh, aku baru pertama kali belajar addmath tahun ni. Ramai yang kata addmath ni susah, time belajar kita paham tp time nak jawab soalan exam kemain susah mcm tak pernah belajar, and else.
So, aku takdalah set dlm minda yg addmath ni susah tapi aku pun tak set dlm minda yg addmath ni mudah. Kiranya, aku tak set apa-apa pun dlm minda. Ekekeke let your mind free :)
Sahabat aku pernah bagitau aku,
jgn pikir addmath ni payah,
tp pikir addmath ni senang barulah addmath tu senang
Aku ikut apa yg dia bagitau tp tetap, paham time belajar je, time jawab soalan dlm buku kerja tu pun tak boleh buat dah. Inikan pula soalan exam. Ya Allah :'(
Jadi, aku pergi ke tuisyen pakar matematik kat Pasir Pekan. Tu pun setelah aku dapat tahu drpd Zatie. Biarpun jauh, 17 minit perjalanan baru sampai (tu pun klu tak jam jalan la), aku tetap gagahkan diri ke sana setiap malam Isnin, Selasa (hari Ahad, Isnin) sebab aku usaha jugak nak memahamkan akal fikiran aku dgn addmath & math mode ni.
Alhamdulillah dah 2 bulan belajar kat sana, aku faham 90/100 peratus apa yg diajar dan aku memang set dlm minda yg ADDMATH NI SENANG BEB WA TAK TIPU.
Nak dijadikan cerita, aku duk pikiaq addmath ni mudah, buat latihan pun tak kisah dah pasal benda yg terjadi sekeliling sampailah suatu hari cikgu suh jawab balek soalan bab fungsi and aku tak boleh jawab KAU TAU TAK TEKANANG JIWA DANG PERASAANG tu apa?!!
Cikgu suruh aku ulang balik latihan yg sama tiga empat lima puluh kali pun sampai lah reti dan lancar cara jawab tapi aku degil. Aku tak ulang balik pun ya Allah apa nak jadi dgn aku nih... *lari rumah* *eh balik rumah balek* (jgn derhaka pd ibu bapak ya kawan-kawan) (wlupun korang takleh jwb addmath. mcm aku)
Sekarang, dalam proses nak merajinkan diri jenguk addmath hari-hari.
Maka, hari-hari jugaklah mataku akan berbolak-balik ewah dan kalau tak paham aku boleh stress pastu tutup buku and tidur! zzzz
Tolong, jgn jadikan aku sebagai pelajar contoh. Mohon mudhir, jgn cop saya sbg pelajar contoh pleaseeeeeeee (takdenye mudhir nak pandang aku bagaikan pelajar contoh)
Akhir kata, doakan addmath dimansuhkan. Har har HUR
Assalamualaikum n_nv
Comments
Post a Comment