Amalan Pemakanan Seimbang (ewah tajuk)
Assalamualaikum
Sayur dan Buah-buahan
Sayur seperti brokoli dan yang berdaun hijau seperti sawi dan kailan merupakan sumber yang bagus untuk Vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan serat pemakanan dan mineral lain seperti kalsium. Selain itu, sayur dan buah- buahan segar yang terdiri daripada pelbagai warna juga kaya dengan antioksidan dan boleh membantu menghalang kerosakan sel serta mengurangkan risiko penyakit degeneratif.
Bijian Penuh
Menikmati satu jenis bijian penuh sahaja tidak mencukupi jika anda inginkan diet yang benar- benar sihat. Untuk mendapatkan lebih kebaikan serat, vitamin dan mineral, campurkan dua atau lebih bijian penuh seperti beras perang, oat dan kernel gandum.
Legum
Legum ataupun kekacang dan makanan yang terhasil daripadanya seperti kacang soya, kacang dal, kacang pis, tempe dan tauhu amat kaya dengan zat besi dan serat. Serat membantu mengatasi masalah sembelit dan juga masalah penghadaman lain. Ia juga rendah lemak dan kaya dengan protein.
Kekacang
Kekacang kaya dengan Vitamin E dan juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat.The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan mengambil kekacang seperti walnutdan badam, kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu ia juga kaya dengan Asid Lemak Omega-3.
Daging Pejal
Daging pejal merupakan sumber yang bagus untuk protein. Namun begitu, harus diingat bahagian pejal hanyalah pada dagingnya dan lemak tertumpu pada bahagian kulit dan harus dibuang sebelum dimasak. Ikan berminyak seperti makerel dan sardin kaya dengan minyak Omega-3 yang membantu meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Tahukah Anda: Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan diet seimbang terdiri daripada diet yang : seimbang, sederhana dan pelbagai. Jadi, pelbagaikan jenis makanan anda setiap hari dalam kuantiti yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Haritu (entah tk igt tarikh lol citer lama) cikgu arahkan kitorang satu kelas pi belajar kt makmal bio. Well makmal bio kan ada penimbang berat etc semua tu so aku ni punya la lama dah tak timbang berat aku berapa sbb dkt rumah aku takda benda ni.
So aku beratur nak timbang berat aku dgn tak sabarnya. Sampai giliran aku, berharap yg berat aku maintain 50 sejak form 2 tp hampeh. Naik 10>20 kg. Haaaaaaaaa kira sendiri la bhaii.
Balik sekolah, sampai rumah, cari mak aku dkt dapur pastu cite pasal berat aku and mak aku terkejut. Berat aku tu, mak aku ckp sama berat masa dia mengandungkan anak kedua; kakak aku. Aku ni dah eiii penimbang tu salah kot bla bla mak aku pun mcm tak percaya terus berat aku sampai takat tu aku ni lg lah ugh.
Kakak aku pun cakap "mmg patut kau diet" hmmmmm aku bab diet ni tak boleh get along sgt.
So, ni ada tips dari hasil aku google tadi,
Pastikan anda mengambil makanan-makanan ini di dalam hidangan seharian anda: |
Sayur seperti brokoli dan yang berdaun hijau seperti sawi dan kailan merupakan sumber yang bagus untuk Vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan serat pemakanan dan mineral lain seperti kalsium. Selain itu, sayur dan buah- buahan segar yang terdiri daripada pelbagai warna juga kaya dengan antioksidan dan boleh membantu menghalang kerosakan sel serta mengurangkan risiko penyakit degeneratif.
Bijian Penuh
Menikmati satu jenis bijian penuh sahaja tidak mencukupi jika anda inginkan diet yang benar- benar sihat. Untuk mendapatkan lebih kebaikan serat, vitamin dan mineral, campurkan dua atau lebih bijian penuh seperti beras perang, oat dan kernel gandum.
Legum
Legum ataupun kekacang dan makanan yang terhasil daripadanya seperti kacang soya, kacang dal, kacang pis, tempe dan tauhu amat kaya dengan zat besi dan serat. Serat membantu mengatasi masalah sembelit dan juga masalah penghadaman lain. Ia juga rendah lemak dan kaya dengan protein.
Kekacang
Kekacang kaya dengan Vitamin E dan juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat.The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan mengambil kekacang seperti walnutdan badam, kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu ia juga kaya dengan Asid Lemak Omega-3.
Daging Pejal
Daging pejal merupakan sumber yang bagus untuk protein. Namun begitu, harus diingat bahagian pejal hanyalah pada dagingnya dan lemak tertumpu pada bahagian kulit dan harus dibuang sebelum dimasak. Ikan berminyak seperti makerel dan sardin kaya dengan minyak Omega-3 yang membantu meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Tahukah Anda: Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan diet seimbang terdiri daripada diet yang : seimbang, sederhana dan pelbagai. Jadi, pelbagaikan jenis makanan anda setiap hari dalam kuantiti yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Sumber: nestle.com (mwehehe)
Aku nak kumpul duit dan seterusnya beli alat penimbang tu sendiri. Dah mintak beli dgn mak bapak kang kata tak perlu pulaaaak.
Comments
Post a Comment