Pemilihan kawad kali pertama dan kedua
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Harini, eh takyah tgk date kt atas tu lah, date tu lambat sehari. Eh? :( Nti la aku adjust balek ek.
Harini! Rabu, 23 Jan, aku join pemilihan kawad utk pbsm kali kedua. Kali pertama, aku cuba nasib dan nasib tak menyebelahi aku. Dan harini, aku pegi ke pemilihan kali kedua berbekalkan perut yg kenyang, dan berseluar trek abg aku yg lama (ehe jgn marah haa) dgn harapan yg tak tinggi, tak rendah tapi tetap nasib tak nak menyebelahi aku. Membelakangi ada lah. Alhamdulillah aku redho :) Nampak tak aku tgh senyum ni nampak tak nampak tak? Hashtag ignore
Kami berempat, aku, Syida, Dayato (mcyah), Farah, mencuba nasib harini and two of us passed it with flying colours and two of us failed also with flying colours. 'two of us failed...' tu aku dgn Syida *senyum lagiii
Kak Su (pengerusi pbsm) mintak maaf lepas ckp yg kitorang tak terpilih. Haip tak kan la aku dgn Syida aje, org len pun ada jugak ah!
Kak Su also said, "jange ddende deh?" jangan berdendam eh?
Aku senyum lepas dia ckp mcm tu (senyum lagiii) and monolog 'dah agak dah. muka je brutal tp kawad tak dapat apa guna muka brutal puihh' eh? Muka brutal eh?
Masa pemilihan pertama yg aku tak terpilih tu kan, aku cakap lah dkt mak aku and mak aku cakap "Ada hikmah la semua tu. Tuhan nak suruh belajar" Mungkin sebab mak aku tak brp nak bagi restu dlm kawad kawad ni and mungkin sebab tu aku tak terpilih.
Ingat ya ikhwaan wa akhawat sekalian, setiap pekerjaan jika tak mendapat restu ibu bapa, tak akan berhasil lah sesuatu pekerjaan itu. Atau kalau berhasil pun mungkin tak berkat. Ewah nampak tak penggunaan gaya bahasa tu? Nampak tak? *angkat kening*
Syida ada bagitau satu firman Allah ni dkt aku tadi;
Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
Sumber: dirikudrcinta.bs.com
Syida sedih sgt sebab mmg dia nak join kawad sgt sgt. Feel sorry for her but what can I do la kan? Kak Su ah ni...haaaa kan dah tak puas hati. Tp Syida cuba utk redho kerana
Ghedo itu pasghah
Pasghah itu menyeghah
-Lisa Surihani
Aku plan nak join kawad and do the best nti aku sambung bljr maybe dkt U atau kolej. Aku taknak join pbsm, aku nak join polis. "Sep mg, SUKSIS!" Mmg la polis ni style centu kannnn tp peduli hape aku. Kalau kena reject, mmmm tgk ah cane.
Aku pun plan jgk nak join pbsm Kelantan punya waktu menganggur lepas spm tu/kalau tk dpt plkn sbb bapak saudara aku ahli aktif pbsm tu. Dah ada cable, mestilah pass dgn mudah, ye dak?
Tapi yalah, kita hanya merancang, Allah yg menentukan.
McYah, Farah, c-o-n-g-r-a-tu-l-a-tions, congratulations!
Assalamualaikum!
Comments
Post a Comment