Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Cantik tarikh harini. Tapi bukan pasal tu yg aku nak citer.

Alhamdulillah, kelmarin, 19/12/2012, calon-calon PMR dpt keputusan PMR masing-masing. 

Again, alhamdulillah.
Kami 11 orang ni, takda sorang pun gagal. SEMUA LULUS! Alhamdulillah, ya Allah.

Siang hari, Allah bagi aku kesenangan yg tak pernah aku duga.
Malam hari, Allah datangkan kesedihan, pun tak pernah aku duga.

Lepas selesai pasal result pe semua. Aku, Syida, Farah dgn Zatiey ke KBMALL. Dalam hujan. dari pukul 3:30 (lebih kurang) sampai pukul 5:45 (lebih kurang) dan aku sampai ke rumah dalam pukul 6:11 PETANG.

Tempoh berjalan berderak tu kejap je, aku rasa. Malam tu, lepas pegi makan dekat Kengsom blkg Tesco, mulalah rasa lenguh kaki yg teramat sgt. Sampai aku tak boleh tidur. IT IS NOT ABOUT RESULT ANYMORE. Sebab lenguh kaki sgt sgt lah wei.

Then pukul 3 pagi centu aku panggil mak aku cakap yg kaki aku ni dah memang... lah. Mak aku sapu ubat dan gosok kaki aku. Serious, belaian ibu memang menjadi (dgn izin Allah). Rasa sakit tu kurang sikit. 

Mak aku cakap, kaki aku sejuk sgt. Kaki mak aku pun sejuk tp sejuk kaki aku lagi. Accepted. Redho. Kaki aku mcm beku je aku rasa. She told me again, maybe sebab kuat berjalan dalam hujan, tidur pun tak berselimut dalam keadaan sejuk hujan begini, memang kaki aku boleh kebas lah. Hm aku setuju.

Pasal PMR, serious aku cakap, semua orang tak sangka aku boleh straight. Aku ni, lagilah tak percaya. Bangun pagi tadi pun, masih tak boleh percaya. Kebas ni pun rasa tak rasa je. 

BM, bahagian C, 3 isi yg diminta, aku boleh jawab 2 isi je.
BI, okaylah sikit.
Math, lebih kurang 6 soalan jawab kokse kokdang (kertas 1)
Sains, jawab setakat tahu and yg lain ikut logik aku.
Sejarah, lagilah tak percaya. Tak pernah dapat A pun okay! Mmg kerja kursus amat membantu.
Geog, yang ni mmg cikgu aku tekankan sgt. So, kalau boleh B pun, boleh penampar kuali.
Khb, yg ni lagi lah. Tiap kali kelas, tiap kali tu lah latihan.
PAI, jawab ikut logik jugak. Dalam kelas pun, ustazah selalu buat soal jawab.
Bahasa Arab, ripleys believe it or not, 5 hari sekolah, 5 hari jugaklah belajar Arab.

Syukur alhamdulillah sgt sgt. Berdasarkan penilaian tu, aku mcm nak je tanya, kenapa aku boleh? Tapi, TAKDIR ALLAH JANGAN DIPERSOALKAN.

Terima kasih kepada pengawas dewan peperiksaan yg tak langsung mencurigai kami dan menjaga kami sepanjan PMR berlangsung. Pemeriksa kertas, lagilah. Terima kasih kerana memeriksa kertas kami dgn penuh sabar dan bermurah hati memberi markah lebih (barangkali) Cikgu-cikgu, selama 3 tahun ni, cukup sabar dgn kami, walaupun aku pernah baca surat dalam kelas then kena tangkap dgn cikgu, malunya! Kawan-kawan, sahabat aku yg juga memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat. 

Utama, ummi, terima kasih atas segalanya. Air mata dan senyuman ummi kelmarin, buat saya bangga. Bangga sebab 1/10 drpd jasa ummi dpt saya balas. Abah pun sama jugak! Adik beradikku, aku saye ko sep mg. Jange baloh over-over lah puok kito, susah senang bersama. 

ALHAMDULILLAH YA ALLAH! ENGKAULAH YANG MAHA MEMBERI REZEKI. ENGKAU JUGALAH YANG MAMPU MENARIK KEMBALI REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN.



Hanya utk tayangan. Tak memberi maksud apa-apa. ALLAHUAKBAR!

Comments

Popular posts from this blog

Tohok Balek

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life