Online-limit

Assalamualaikum

ONLINE-LIMIT

Harus diakui yang aku... aku... OKAY, STOP! SKEMA GILE KAU TYPE NEH!

Ummi aku dah bagi amaran, dalam cuti ne, kata Ummi aku, onl lar puas-puas sampai tak terberak asyik mengadap lap je. Tapi nanti bukak sekolah, lap aku guna ne, ummi akan pegang. Means, ummi aku yang sorok sebab tak bagi aku onl setiap hari. Le sigh!

Tempoh cuti ada lebih kurang 12 hari je lagi :( Maybe lepas ne, Jumaat dgn Sabtu je aku boleh onl.
Hadhoii, teringat zaman aku mula-mula pandai main dgn internet ne dulu. Hari Jumaat, aku onl. Takpun hari Sabtu. Tu pun aku onl tanpa paksaan ummi aku. Memandai je aku onl hari minggu. Memang aku dulu disiplin tahap tinggi ;D Sekarang je, disiplin tahap 'lagi tinggi'. Hihi

Kelas haritu, cikgu BM cakap, "tahun depan merupakan tahun sibuk bagi awak semua. Jadi, awak kena pandai membahagikan masa. Sebab sibuk nak buat folio..." *ecehh, cikgu control bahasa je lebih!*


So, gamaknya aku tak boleh nak update sangat blog aku ne. Nanti sebelum bukak sekolah, aku post benda baru kat korang. Sebab, start sekolah, otometikeli aku kena onl-limit dgn ummi aku sendiri. Hm redho jelar ~(-_-)~

PERSIAPAN AWAL AKU ADIK-BERADIK KE SEKOLAH 

19/12/11

Lepas ummi aku ambik aku from kelas, cam biasa kitorang balek rumah lar kan? Sampai rumah mak aku suh aku solat zuhur dgn bersiap-siap nak pegi shopping barang-barang sekolah. And I was like, "REALLY? UMMI DAH DAPAT GAJI KE NI?" And then, teringat balek, adik aku ada sebut pasal gaji masa otw balek rumah tadi. Haha. Earless lar aku ne. *Nauzubillah*


Then, semua dah siap, kitorang berangkat ke MYDIN MALL, KK. Jauh ummi aku park kereta sebab ramai giles dkt MYDIN haritu. Aku pun berjalan lah ikut laluan ummi aku. Dahlar haritu aku puasa sunat hari Isnin. Tak terbangun nak sahur pulak tu. Memang dugaan untuk aku haritu. Mujurlah, kakak aku senasib dengan aku ne. Haha. Bolehlah berkongsi rasa letih ne dengan dia. Thanks, Dd!




Masuk MYDIN, ummi aku jumpa kawan dia and rehat kejap. Then, cari 'rk' sau pek and kakak aku angkut troli bawak naik tingkat 2. Ummi aku duk sebut "baju skoloh...baju skoloh..." sebab nak halang nafsu beli benda lain selain drpd barang keperluan sekolah. Jumpa sites baju sekolah, dalam setengah minit jugak kitorang cari baju untuk adik prmpuan aku yg baru nak masuk sekolah rendah tahun depan. Sambil-sambil tu cari seluar sekolah untuk adik laki aku and kak aku cari kain sekolah dia sendiri. 


Aku pulak dengan misi aku cari stokin terpanjang kat situ. Last-last jumpa stokin panjang. Kalau aku pakai, nak sampai lutut lah anggarannya. Memang panjang gilers. Stokin panjang tu lah yang aku suka nyaaaaaa sebab aku balik dengan ayah aku. Selalunya ayah aku jemput aku dengan motor Yamaha Kriss dia tu. 'Kriss ek?' Lantak ar! Jarang sangat ayah aku jemput aku dengan kereta. So, kalau nak naik motor tu, tak perlulah aku nak tarik stokin tu biar panjang spy betis aku tak dinampak orang time aku duk atas motor tu nanti. Hihi. Bijak tak?!


Adik aku sorang lagi ne nak baju skolah jugak! Umur baru je nak masuk 4 tahun. Ada hati nak pakai baju sekolah konon! Ptuih! *kejam giler punya kakak* Kalau tak beli, dia nangis je sampai lar ummi aku beli barang lain yang dia nak. Ganas giler perangai adik aku neh. And yes, mak aku belikan block untuk dia yang dia sendiri pilih. Mujur dia pilih yang 10 hengget punya harga. Kalau tak, cukup ke nak beli barang lain?! Adik. Adik!


Hari lain, ummi nak bawak pegi shopping sekali lagi. Kali ni, beli beg pulak dgn baju adik laki aku yang tak jumpa-jumpa lagi tu. Maklumlah, baju dia wane pepel. Lengan pendek pulak tu. Memang jenuh lar nak mencarinya.


Huh! Aku dah mengantuk ne! *lambai-lambai dekat blog*


"Btw, jangan libatkan aku, aku tak bersalah. Cuma dijadikan tempat mengadu je" :'(

P/s: Sorry, tapi aku rasa post ne panjang and boring pulak sebab takde gambar nak dihias dlm ne. Sempat nanti, aku upload photo ek!

Comments

Popular posts from this blog

Tohok Balek

rindu sep2 nihh gloe2 !

How I predict my degree life