Bismillah... aku lah kan, bukan apa, sukaaaa sangat nak buat post pasal masa-masa aku ambik asasi dulu. maklumlah tak masuk degree lagi jadinya terkenang asasi je lah mampu mmmm #throwbackasasi teringat pasal giliran pembentangan. mana-mana subjek pun, even subjek yg kita suka ataupun tak berapa nak suka, bab pembentangan memang kalau boleh tak nak ada pun dalam course mark tu. are we on the same page? Yn_nY masa sem 1, aku okey je dgn giliran presentation. semua lambat-lambat. paling awal pun aku orang paling tengah macam center punya giliran lah. tak cepat tak lambat. tapi disebabkan satu tu je yg center yg lain semua lambat-lambat, huru-hara beb semua benda. orang lain tinggal prepare for final je tapi aku ni-dgn nak prepare final lagi, nak prepare bahan utk present lagi. ada je pagi baru nak cari bahan, petang tu dah kena present. haaa praktis pun malas. tapi alhamdulillah hidup aman damai hahaha. tp semua tu tak berjalan lancar kalau teammate aku pun tak bersungguh, ...
Bismillah... cam skema kan tajuk entry tapi mmg ini yg aku nak share buat masa sekarang. aku tak dapat satu habuk pun tawaran UPU walaupun dah buat rayuan. silap aku sendiri dan kesilapan teknikal so aku nak share supaya org lain tak menyesal mcm aku di masa hadapan. baik tak? u_u i will keep it short. tapi kalau ko scroll bawah sikit tu macam panjang je hahah takpelah take your time hokeh ;) 1. ISI BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA jangan isi sorang diri. never! walaupun mak ayah sendiri cakap "takpe kak, mak ikut je apa akak nak, akak isi lah nak kos apa dekat mana mak okey aje". isilah borang tu dengan orang tua sebab mereka lebih berpengalaman dalam mengisi borang ni so kalau ada apa-apa tak paham soalan ke tak tahu nak jawab apa ke tersilap menjawab ke at least di masa hadapan kalau lah katakan adik tak dapat ceh adik... takde orang yg akan salahkan adik disebabkan adik isi sorang diri dan sebab dorang taktahu apa yang adik dah isi. OKEY? senyum siket ;) ...
.......................... cuti deepavali tahun ni best sikit sebab family aku ada aktiviti utk dibuat. ada family day dengan member-member sekolah menengah ayah. ayah aku pindah sekolah vokasional masa form 4 and family day ni dengan member form 3 dia dulu. tahun 1982 koghasser. walaupun dah lama tak jumpa tapi akrabnya diorang tu sampai sekarang takde kekoknya. aku pun suka semua member ayah aku tu. pandai diorang ambik hati aku. acewah. okey sape nak ambik saya jadi menantu, ada tak? >_< nak cerita pasal che ma. member ayah aku tu. dia sebaya ayah tapi laki dia dah 60 tahun. dah nak pencen. anak-anak semua dah besar so diorang sekarang dah bebas. selalu travel. setiap bulan ada je ke luar negara. recently, diorang ke Kashmir--main snowboard, lari2 dlm snow haa camtulah. masa che ma seronok cerita tu, aku tengok muka bunda aku. dia senyap je dengar cerita che ma. jarang mak aku nak senyap bila dengar cerita orang ni. biasanya dia la paling banyak menyampuk, ...
Comments
Post a Comment